Manufacturing Excellence
President's Message
Through our business operations on the world stage;we have set out to create new benchmarks in the heat treatment business, with specific focus on innovative technology, combined with Quality, Cost and Delivery (QCD)...
Operasi Relau Perindustrian

Operasi relau perindustrian Dowa Thermotech Ltd membangun seiring dengan industri automobil. Pembuatan Relau membentuk kebolehan teras kami - satu aset penting yang telah menjamin kedudukan terulung kami sebagai satu daripada pengeluar relau olahan haba terkemuka di dunia. Dalam operasi relau perindustrian, kami menggunakan pengalaman praktikal kami dalam olahan haba untuk menawarkan perkhidmatan yang lengkap, yang terdiri daripada reka bentuk kemudahan kepada permulaan dan penyelenggaraan.

Kami mempunyai rekod prestasi global yang kukuh dalam bidang kemudahan olahan haba penyusukkarbonan. Kami juga membangunkan teknologi baru yang lebih cekap untuk olahan haba. Kami telah mereka bentuk, membangun dan menyampaikan relau kecil jenis berterusan (S-TKM) dengan tiga kali ganda daya pengeluaran daripada relau jenis kelompok terdahulu dalam ruang yang sama, serta relau jenis berterusan yang memenuhi keperluan pelanggan yang inginkan mutu yang tinggi.

Operasi Relau Perindustrian

Inovasi-inovasi kami yang terbaru termasuk:

  • Relau penitridaan jenis berterusan untuk komponen penghantaran boleh ubah berterusan (CVT).
  • Satu siri relau penyusukkarbonan jenis baru yang menawarkan penjimatan tenaga serta impak ke atas alam sekitar yang berkurangan.
  • Super TKM baru, yang menawarkan penjimatan tenaga serta impak ke atas alam sekitar yang berkurangan.
  • S-TKM baru, yang menawarkan penjimatan tenaga serta impak ke atas alam sekitar yang berkurangan.
  • Relau metamorf gas endoterma
  • Penjana gas endoterma jenis penunu janaan gas yang canggih

Dowa Thermotech Ltd menawarkan pelbagai jenis relau perindustrian berprestasi tinggi: