Kecemerlangan Pembuatan
Siapa Kami
Pesanan daripada Presiden
Melalui operasi perniagaan kami di persada dunia, kami berazam untuk mencipta aras-aras tanda yang baru dalam bidang olahan haba, dengan fokus yang khusus ke atas teknologi berinovasi, yang digabungkan dengan Kualiti, Kos dan Penyampaian (QCD).
Profil Syarikat

Dowa Thermotech - perintis Jepun dalam reka bentuk dan pembuatan teknologi dan sistem olahan haba yang sangat boleh dipercayai kini di India sebagai Dowa Thermotech Ltd. Syarikat ini mempunyai reputasi yang tiada tandingannya dalam bidang olahan haba, dan khususnya dalam olahan alat-alat automobil seperti komponen enjin, injap dan gear penghantaran.

Dalam empat dekad kebelakangan ini dan sehingga kini, kami membina teknologi yang lebih pintar untuk pengilang seperti Honda, Toyota, Suzuki, Yamaha, Nissan dan Mazda yang memproses bahan logam dengan cekap untuk meningkatkan keselamatan dan prestasinya, serta memastikan para pelanggan kami merasai perkhidmatan yang bertaraf dunia dari segi skop dan mutu. 

Profil Syarikat

Operasi relau perindustrian Dowa Thermotech Ltd disejajarkan sepenuhnya dengan permintaan daripada industri automobil. Bahagian-bahagian enjin dan penghantaran digunakan dalam keadaan ekstrem, maka kebolehpercayaan yang tinggi diperlukan dalam bahagian-bahagian yang mempengaruhi keselamatan automotif secara langsung. Kepakaran teknologi dan sistem kualiti telah memastikan kepatuhan kepada keperluan-keperluan ini.

Syarikat ini mempunyai beberapa tapak pengeluaran di Jepun, Amerika Syarikat, China dan India yang menggunakan sistem dan proses automatik yang canggih. Kami memastikan penjagaan pelanggan yang cemerlang dan perkhidmatan yang penuh perhatian dengan kecanggihan sistem dan proses ini, serta komitmen kami untuk Kualiti, Kos & Kawalan (QCD), serta perwakilan di beberapa negara Asia.

Kemudahan pembuatan relau Dowa Thermotech Ltd di India adalah komprehensif. Ia meliputi satu kawasan seluas 75,000 kaki persegi dan direka bentuk untuk mengkonsepsikan dan membina relau olahan haba atmosfera yang canggih. Bahagian Olahan Haba Komersial yang bertempat di kawasan-kawasan perindustrian India, meliputi sejumlah 598,950 kaki persegi pangkalan pelanggan Hightemp yang termasuk syarikat multinasional Amerika dan Eropah yang besar seperti Timken, SKF, TATA Motors, Bosch, dan beberapa syarikat lain.

Kepimpinan syarikat ini dalam Sistem Relau Olahan Haba Atmosfera dan Olahan Haba Komersial sudah tidak dapat dipertikaikan lagi, dengan rekod prestasi pelanggan yang kukuh dalam bidang kemudahan olahan haba penyusukkarbonan.

Sekarang, Dowa Thermotech Ltd membangunkan teknologi baru seperti relau jenis berterusan yang kecil (S-TKM) dengan tiga kali ganda daya pengeluaran berbanding dengan relau-relau jenis kelompok yang terdahulu, serta relau jenis berterusan yang memenuhi keperluan pelanggan yang inginkan mutu yang tinggi.

Baru-baru ini, Dowa Thermotech Ltd melancarkan beberapa produk baru, termasuk relau penitridaan jenis berterusan untuk bahagian penghantaran boleh ubah berterusan (CVT), dan satu siri relau penyusukkarbonan jenis baru yang menawarkan impak alam sekitar yang berkurangan serta penjimatan tenaga.

Audit kualiti secara tetap ke atas produk dan perkhidmatan, penekanan berterusan untuk menjamin mutu yang konsisten, pematuhan dalam memenuhi keperluan pelanggan dan berkanun telah membolehkan kami untuk mencapai lebih daripada jangkaan dan menjamin keseronokkan pelanggan.

Profil Syarikat

Kemudahan pengilangan Dowa Thermotech Ltd di India ditauliahkan dengan pelbagai pensijilan mutu: