Kecemerlangan Pembuatan
Kerja Kami
Pesanan daripada Presiden
Melalui operasi perniagaan kami di persada dunia, kami berazam untuk mencipta aras-aras tanda yang baru dalam bidang olahan haba, dengan fokus yang khusus ke atas teknologi berinovasi, yang digabungkan dengan Kualiti, Kos dan Penyampaian (QCD).
Operasi Olahan Haba

Dowa Thermotech Ltd berbangga menjadi organisasi olahan haba terbesar di Jepun dan di India. Dengan kemudahan perkhidmatan serba canggih, kami menawarkan mutu serta perkhidmatan yang terbaik. Syarikat ini mengkhusus dalam lebih 20 proses olahan permukaan, yang menyediakan para pelanggan kami dengan ekosistem pengeluaran yang optimum, dan menjamin kelebihan-kelebihan Kualiti, Kos dan Penyampaian (QCD).

Kami menawarkan proses optimum bagi memenuhi pelbagai keperluan dan penggunaan, termasuk penyusukkarbonan untuk meningkatkan ketahanan terhadap lelasan permukaan logam. Proses ini merupakan proses Toughnite penyusukkarbonan gas nitro proprietari bagi meningkatkan ketahanan terhadap lesu, dan proses TD untuk meningkatkan ketahanan terhadap lesu pada acuan, serta proses Corbett untuk menambahbaik ketahanan terhadap pengikatan.

Olahan Haba membentuk asas portfolio perkhidmatan kami. Kami menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan olahan haba - dengan tambahan nilai seperti pemesinan dan penempaan. Pada masa kini, kami menawarkan perkhidmatan olahan haba yang berjumlah melebihi 9000 tan sebulan untuk lebih 500 pelanggan.

Pengetahuan kami tentang selok-belok proses, wawasan yang mendalam tentang bidang metalurgi, serta kebolehan untuk mereka bentuk dan membuat peralatan yang digunakan dalam olahan haba telah membolehkan kami sentiasa menaik taraf dan mengoptimumkan pelbagai kemudahan olahan haba.

USP kami boleh dikatakan lahir daripada keupayaan kami dalam pembuatan peralatan olahan haba yang terdiri daripada peralatan dengan daya pemprosesan yang sangat kecil kepada pemasangan yang sangat besar. Ini membolehkan kami menawarkan perkhidmatan olahan haba yang kos efektif dan cekap.

Operasi Olahan Haba

Kemahiran kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan khusus berikut: